Seksyen Kedua Lesen Dokumentasi Bebas GNU

Lesen ini mengasingkan "Dokumen" daripada "Bahagian-bahagian Sekunder" secara explisit. Bahagian-bahagian sekunder tidak boleh disepadukan dengan Dokumen tetapi wujud sebagai bahan-bahan untuk perkara depan ataupun untuk lampiran. Ia cuma boleh mengandungi maklumat mengenai perhubungan antara pengarang atau penerbit dengan perkara dokumen. Sedangkan keseluruh Dokumen boleh disunting dan dilindungi oleh lesen yang sama dengan (tetapi tidak secocok antara satu sama lain) Lesen Awam Umum GNU, beberapa bahagian sekunder mempunyai pelbagai sekatan yang direka secara khas untuk mengendalikan penghargaan kepada pengarang-pengarang yang lepas. Khususnya, sekatan-sekatan ini termasuk:

  • pengarang-pengarang untuk versi terdahulu hendak diberi penghargaan;
  • perubahan tidak boleh dibuat kepada bahagian-bahagian yang telah ditentukan oleh pengarang asal;
  • bahagian mengenai perhubungan pengarang kepada perkara dokumen juga tidak boleh diubah.

Jika terdapat bahan-bahan yang telah diubah suai, tajuk harus ditukar (kecuali jika pengarang asal memberikan keizinan untuk mengekalkannya). Lesen ini juga mempunyai peruntukan untuk mengendalikan teks untuk kulit depan dan kulit belakang bagi buku-buku, serta juga untuk bahagian "Sejarah", "Penghargaan", "Dedikasi" dan "Sokongan".